Untuk save kod anda dalam bentuk web page, bagi yang menggunakan Notepad++, click File > Save As. Lepas itu pop out box macam ini akan keluar.

Pilih 'Save as type:' sebagai 'All types (".")'


Selepas itu, namakan file anda mengikut kehendak anda. Pastikan pada hujung nama file anda terdapat ".html"

(Recommended): Kalau boleh, elakkan space bagi nama file html anda. Hal ini kerana ianya dapat mendatangkan masalah. Sekiranya anda henda meletakkan space, anda boleh cuba menggunakan "_" ataupun "-". Sebagai contoh:


my_website.html
my-website.html

Bagi yang tidak menggunakan Notepad++, prosedurnya lebih kurang sama dengan yang di atas. Anda cuma perlu ingat, pada hujung nama file anda, anda harus tambah ".html"

Akhir sekali, click 'Save'. Tahniah. Sekarang, anda sudah berjaya mencipta satu file html. File ini hanya dapat dipaparkan menggunakan browser.

Dalam kursus yang seterusnya, anda akan belajar cara untuk memaparkan file html.