HTML ditulis di dalam tag. Tag tersebut datang dalam pasangan iaitu tag pembuka dan tag penutup. Tag yang pertama kita akan tulis ialah tag HTML. Contoh:
 
 <html>  
   
 </html>  

Tag tersebut akan memberitahu browser anda bahawa kod tersebut ialah kod HyperText Markup Language (HTML). Semua tag harus dikelilingi dengan "< >". Ini akan mmberitahu browser tersebut bahawa ada sesuatu yang harus dilaksanakan, dan ianya tidak akan ditunjukkan di web page. Oleh itu, simbol "< >" sangat penting bagi menulis kod HTML.

Jadi kalau anda tulis kod tersebut dalam text editor, rupanya akan menjadi seperti ini:

Tag yang pertama akan memberitahu browser untuk memulakan kerja bagi kod <html>. Tag yang kedua akan memberitahu browser untuk berhenti melakukan kerja tersebut. Simbol bagi berhenti ialah "/".

Tag seterusnya ialah tag HEAD. Tag ini harus ditulis di antara tag HTML. Contoh:

 <html>  
    <head>  
    </head>  
 </html>  

Sekali lagi, tag HEAD ini tidak akan di tunjukkan dalam browser. Tag HEAD ini merupakan satu tag yang istimewa di mana anda akan menulis banyak kod di antara tag head ini.

Salah satu tag yang dapat ditulis di antara tag head ialah tag:
 <title></title>  

Tag TITLE ditulis di antara tag HEAD. Contohnya:
 <html>  
    <head>  
       <title></title>  
    </head>  
 </html>  

Tag TITLE tidak melakukan banyak kerja. Tag ini hanya akan menunjukkan apa yang di tulis anda pada bahagian atas browser. Contohnya:


Akhir sekali ialah tag BODY, bahagian yang paling penting dalam menulis kod html. Kod ini ditulis di bawah kod </head>. Contoh:
 <html>  
    <head>  
       <title></title>  
    </head>  
    <body>  
   
    </body>  
 </html>  

Tag BODY ini adalah tempat di mana anda akan menulis banyak kod di dalam nya. Contohnya, perenggan, tajuk, jadual, dan sebagainya.

DOCTYPE
Satu lagi tag istimewa ialah tag DOCTYPE. Tag bukan sebenarnya tag HTML. Tag ini hanya cuma untuk memberitahu browser tentang versi HTML yang akan anda gunakan. Tag DOCTYPE ini harus di letakkan pada bahagian atas <html>. Contoh:
 <!DOCTYPE html>  
 <html>  
    <head>  
       <title>Selamat Datang!</title>  
    </head>  
    <body>  
    </body>  
 </html>  

Itu sahaja. Seterusnya anda akan belajar cara untuk save web page anda.