Selamat Datang ke jomCoding :)


Apa itu jomCoding?

jomCoding ialah tempat di mana anda akan belajar asas-asas untuk mencipta website. jomCoding ini ditubuhkan oleh saya sendiri. Tujuan saya mencipta blog ini adalah untuk berkongsi ilmu saya dengan anda semua.

Kenapa perlu belajar coding?

Belajar coding ini memang senang dan juga seronok. Dengan coding, anda boleh mencipta apa-apa sahaja yang anda ingini. Belajar coding juga tidak mengira umur sama ada anda muda ataupun tua.

Apa yang anda akan pelajari?

Dalam blog ini, anda akan belajar bahasa HTML, HTML5, dan CSS. Anda akan belajar tentang bahasa tersebut dan bagaimana nak menulis kod menggunakan bahasa-bahasa tersebut. Anda juga akan belajar tentang versi HTML terbaharu iaitu HTML5