30 September 2013

Hello semua,

Baru tadi saya jumpa portable Notepad++. App ini sangat berguna untuk orang yang selalu travelling atau apa-apa sahaja. Dengan adanya app ini, anda boleh ber-coding di mana-mana sahaja yang anda mahu. Bunyi macam menarik? Jom kita tengok macam mana cara nak install app ni.

1. Pergi ke website PortableApps.com dan click 'Download'

2. Klik 'Download Now'

3. Setelah anda klik button tersebut, anda akan secara automatik di bawa ke website sourceforge dan proses muat turun akan bermula.

4. Setelah habis proses muat turun, install-kan software tersebut. Anda cuma perlu klik 'Ok', 'Next', 'I Agree', dan sebagainya.

5. Sekiranya anda sudah sampai ke bahagian ini(gambar di bawah), masukkan pendrive anda ke dalam komputer anda.
   Klik 'Browse...' dan pilih pendrive anda dan klik 'OK'. Sebagai contoh:
   Selepas itu, klik 'Install'.

6. Selepas anda habis proses install software tersebut, sekarang ini adalah masa untuk memuat turun applikasi Notepadd++. Pergi ke website ini, (Klik Di Sini) dan klik 'Download'
   Setelah habis muat turun, buka software PortableApps yang anda baru install tadi. Jika anda tidak tahu macam mana caranya, pergi ke pendrive anda dan klik 'Start' 
7. Klik 'Apps' dan klik 'Install new app'. 
   Selepas itu, cari file notepadd++ portable yang sudah anda muat turun tadi. Dan install-kan nya. Selepas itu anda akan mempunyai satu app dalam senarai PortableApps anda iaitu 'Notepad++ Portable'


Tahniah! Sekarang anda sudah berjaya install Notepad++ mudah alih! Semoga ber-coding!


Posted on Monday, September 30, 2013 by Unknown

No comments

29 September 2013

Untuk save kod anda dalam bentuk web page, bagi yang menggunakan Notepad++, click File > Save As. Lepas itu pop out box macam ini akan keluar.

Pilih 'Save as type:' sebagai 'All types (".")'


Selepas itu, namakan file anda mengikut kehendak anda. Pastikan pada hujung nama file anda terdapat ".html"

(Recommended): Kalau boleh, elakkan space bagi nama file html anda. Hal ini kerana ianya dapat mendatangkan masalah. Sekiranya anda henda meletakkan space, anda boleh cuba menggunakan "_" ataupun "-". Sebagai contoh:


my_website.html
my-website.html

Bagi yang tidak menggunakan Notepad++, prosedurnya lebih kurang sama dengan yang di atas. Anda cuma perlu ingat, pada hujung nama file anda, anda harus tambah ".html"

Akhir sekali, click 'Save'. Tahniah. Sekarang, anda sudah berjaya mencipta satu file html. File ini hanya dapat dipaparkan menggunakan browser.

Dalam kursus yang seterusnya, anda akan belajar cara untuk memaparkan file html.

Posted on Sunday, September 29, 2013 by Unknown

No comments

HTML ditulis di dalam tag. Tag tersebut datang dalam pasangan iaitu tag pembuka dan tag penutup. Tag yang pertama kita akan tulis ialah tag HTML. Contoh:
 
 <html>  
   
 </html>  

Tag tersebut akan memberitahu browser anda bahawa kod tersebut ialah kod HyperText Markup Language (HTML). Semua tag harus dikelilingi dengan "< >". Ini akan mmberitahu browser tersebut bahawa ada sesuatu yang harus dilaksanakan, dan ianya tidak akan ditunjukkan di web page. Oleh itu, simbol "< >" sangat penting bagi menulis kod HTML.

Jadi kalau anda tulis kod tersebut dalam text editor, rupanya akan menjadi seperti ini:

Tag yang pertama akan memberitahu browser untuk memulakan kerja bagi kod <html>. Tag yang kedua akan memberitahu browser untuk berhenti melakukan kerja tersebut. Simbol bagi berhenti ialah "/".

Tag seterusnya ialah tag HEAD. Tag ini harus ditulis di antara tag HTML. Contoh:

 <html>  
    <head>  
    </head>  
 </html>  

Sekali lagi, tag HEAD ini tidak akan di tunjukkan dalam browser. Tag HEAD ini merupakan satu tag yang istimewa di mana anda akan menulis banyak kod di antara tag head ini.

Salah satu tag yang dapat ditulis di antara tag head ialah tag:
 <title></title>  

Tag TITLE ditulis di antara tag HEAD. Contohnya:
 <html>  
    <head>  
       <title></title>  
    </head>  
 </html>  

Tag TITLE tidak melakukan banyak kerja. Tag ini hanya akan menunjukkan apa yang di tulis anda pada bahagian atas browser. Contohnya:


Akhir sekali ialah tag BODY, bahagian yang paling penting dalam menulis kod html. Kod ini ditulis di bawah kod </head>. Contoh:
 <html>  
    <head>  
       <title></title>  
    </head>  
    <body>  
   
    </body>  
 </html>  

Tag BODY ini adalah tempat di mana anda akan menulis banyak kod di dalam nya. Contohnya, perenggan, tajuk, jadual, dan sebagainya.

DOCTYPE
Satu lagi tag istimewa ialah tag DOCTYPE. Tag bukan sebenarnya tag HTML. Tag ini hanya cuma untuk memberitahu browser tentang versi HTML yang akan anda gunakan. Tag DOCTYPE ini harus di letakkan pada bahagian atas <html>. Contoh:
 <!DOCTYPE html>  
 <html>  
    <head>  
       <title>Selamat Datang!</title>  
    </head>  
    <body>  
    </body>  
 </html>  

Itu sahaja. Seterusnya anda akan belajar cara untuk save web page anda.

Posted on Sunday, September 29, 2013 by Unknown

No comments

28 September 2013

Hello,

Dalam bab ni, saya akan cakap serba sedikit tentang software yang akan digunakan untuk menulis kod. Untuk start menulis kod, anda akan memerlukan text editor. (Contohnya: Notepad).

Selain daripada menggunakan Notepad, anda juga boleh menggunakan:

Notepad++ (Recommended) [FREE]
Notepad++ juga merupakan salah satu text editor. Ianya percuma. Ia mengandungi banyak bahasa yang dapat digunakan dalam software tersebut.

CoffeeCup HTML Editor [FREE/BUY]
CoffeeCup merupakan text editor khas untuk mencipta website.

Bluefish [FREE]
Juga salah satu text editor yang khas untuk mencipta website.

HTMLKit [FREE/BUY]
Sama juga dengan Bluefish, tetapi yang ini nampak lebih cantik dan bersih.

Itu sahaja yang saya dapat list-kan. Sebenarnya lebih banyak lagi text editor di luar sana, terpulang kepada anda untuk menggunakan software yang mana satu. Saya recommend anda untuk menggunakan Notepad++.

Posted on Saturday, September 28, 2013 by Unknown

No comments


Selamat Datang ke jomCoding :)


Apa itu jomCoding?

jomCoding ialah tempat di mana anda akan belajar asas-asas untuk mencipta website. jomCoding ini ditubuhkan oleh saya sendiri. Tujuan saya mencipta blog ini adalah untuk berkongsi ilmu saya dengan anda semua.

Kenapa perlu belajar coding?

Belajar coding ini memang senang dan juga seronok. Dengan coding, anda boleh mencipta apa-apa sahaja yang anda ingini. Belajar coding juga tidak mengira umur sama ada anda muda ataupun tua.

Apa yang anda akan pelajari?

Dalam blog ini, anda akan belajar bahasa HTML, HTML5, dan CSS. Anda akan belajar tentang bahasa tersebut dan bagaimana nak menulis kod menggunakan bahasa-bahasa tersebut. Anda juga akan belajar tentang versi HTML terbaharu iaitu HTML5

Posted on Saturday, September 28, 2013 by Unknown

No comments